Pengumuman ini di tujukan kepada 3 Syarikat Telekomunikasi Terunggul Malaysia...iaitu CELCOM, MAXIS dan DIGI.. Siapa Di antara KAMU bertiga yang TERHEBAT... Sila Baca Peraduan ini..

Wednesday, November 18, 2009

Cabaran Kepada CELCOM, MAXIS dan DIGI.... Pertandingan sengit 3 buah SYARIKAT TELEKOMUNIKASI TERULUNG di Malaysia....

Kami ingin MENCABAR Syarikat Telekomunikasi Terulung Malaysia iaitu;
CELCOM, MAXIS dan DIGI........................

PERTANDINGAN SIAPA YANG PERTAMA MEMBERIKAN LIPUTAN DI KAMPUNG KAMI.

Kampung Pinawantai Ranau,
Kampung Monggis Ranau,
Kampung Turuntungon Ranau,
Kampung Tarawas Ranau,
Kampung Togop Laut Ranau,
Kampung Togop Darat Ranau,
Kampung Tinutuan,
Kampung Timbua,
Kampung Pahu Pinawantai Ranau,
Kampung Soborong Pinawantai,
Kampung Sasapan Pinawantai,
SK. Pinawantai Ranau,
SK. Tarawas Ranau,
SK. Togop Darat Ranau,
SK. Timbua Ranau,
SMK. Timbua Ranau,
Klinik Kesihatan Pinawantai,
Klinik Kesihatan Timbua,
Pejabat Pertanian Timbua,
Taman Negara Kinabalu-Gunung Tombuyukon... ke-3 tertinggi di Malaysia..

(Semua tempat di atas ini TIDAK ADA LIPUTAN TELEKOMUNIKASI)


Kami penduduk kampung sepakat membina laman blog ini bagi meminta supaya syarikat-syarikat telekomunikasi yang TERULUNG KONON ini dan TERLUAS KONON ini seperti
CELCOM, MAXIS, DIGI yang temberang... TEMBERANG BESAR... PENIPU BESAR...
Kalau terluas ...kenapa Kampung kami (yang disebut diatas) tidak mendapat liputan...
Sedangkan kami di sini... ada lebih 5 buah handphone setiap rumah,,, masing-masing ada alat-alat broadband... tapi kami hanya guna apabila kami keluar ke pekan yang terdekat sahaja....
Kadang sekali sebulan.... RUGI KAMI

Kami disini... Lebih daripada 2000 buah rumah..
Lebih daripada 20,000 penduduk yang rata-ratanya menginginkan kemudahan ini...

PLEASE... Siapa syarikat Yang Pertama Akan Memberikan Liputan di sini... maka kami akan berikan sokongan dan akan semat dalam hati hingga ke anak cucu kami....'
Kami di sini ketinggalan dalam segi liputan.. tapi kami ada banyak telefon 3G dan yang canggih-canggih lagi....

Pemenang PERTANDINGAN ini akan diumumkan dalam BANNER dan sepanduk yang akan kami rentangkan sepanjang jalan dan di tempat-tempat tumpuan orang ramai......
Ia akan dihebohkan melalui BLOGGER-BLOGGER ....
AKAN di hebahkan melalui Email dan SMS-SMS.....
Syarikat Telekomonikasi yang KALAH akan gagal selamanya...

CELCOM, MAXIS dan DIGI.... Sertailah pertandingan ini dengan segera......
Kami percaya yang anda adalah ahli perniagaan yang sentiasa dahului-mendahului...
Teruskan Berusaha memberikan kami LIPUTAN TERLUAS... dan bukan omongan kosong lagi...