Pengumuman ini di tujukan kepada 3 Syarikat Telekomunikasi Terunggul Malaysia...iaitu CELCOM, MAXIS dan DIGI.. Siapa Di antara KAMU bertiga yang TERHEBAT... Sila Baca Peraduan ini..

Sunday, August 9, 2009

Apa Kata Diorang Pasal CELCOM

  1. En. Ghani said:

    Saya pengguna celcom. Saya rasa amat kecewa dikawasan saya hanya ada 1 bar 3G.
    Sedangkan tiap2 bulan promosi diadakan di situ.
    Jadi banyak yang fikir 2 kali, sebab nak beli broadband celcom pun hanya ada 1 bar. Pengguna ramai. 3G tak dapat.
    Pengguna di Kondo G1 hingga G20 dan kem sekitarnya.
    PERNAMA kedai tentera jual, tak ada 3 G.
    Saya rasa sungguh kecewa.
    Bila mau ada 3G. Kami sedang TUNGGU ..

    Quote

  2. En. Ghani said:

    Kami Penduduk dan pekerja yang tidak dapat menimati 3G celcom
    KEM MAhkota
    86000 KLuang.
    Johor

    Quote

  3. Man Celcom said:

    en ghani guna modem usb kecik tu ka…sana coverage EDGE dan 3G biasa aja yang ada ke kediaman en ghani..HSDPA baru diadakan di situ tapi yang berdekatan berjarak 4.5km dari kediaman dan kawasan anda…anda boleh guna modem Sierra yang boleh menggunakan antenna luaran sekiranya perlu atau bajet mencukupi, sana memang ramai customer dan habis line dibooking oleh user yang jarang disconnect modem..kalau cam tu en ghani hantar satu surat ke Celcom Main di Kuala Lumpur dgn menyatakan rasa tak puas hati en ghani atau poor coverage 3g yang anda dapat…pertahankan hak anda sebagai pengguna

    Quote

  4. latif said:

    sy amat kecewa kerana kawasan sy kat baling x ada coveage celcom

    Quote

  5. harun said:

    rugi pulak bayar celcom broadband sebab coverage kat bidor sangat-sangat slow. Dalam iklan punya laa baik bodek, broadband no 1 konon. Penipu punya celcom.

    Quote

  6. fariz said:

    di kawasan manong,perak takde liputan celcom broadband.diharap pihak celcom dapat menyediakan perhikmatan ini secepat mungkin.

    Quote

  7. Man Celcom said:

    en latif baling…maaf ye celcom la tgh upgrade sistem pelayan pemancar kat Bukit Karangan dan Kuala Ketil untuk tujuan men 3G daerah Baling, harap bersabar…kat bidor tu plak byk kawasan hanya yang on 3G biasa aja, tak mampu tampung semua user sampai beratus orang….lain kali check coverage siap-siap dulu sebelum langgan…kalau kawasan ada HSDPA baru langgan….kat manong masih dalam plan dia orang tu…try buat surat pemohonan mewakili penduduk setempat pohon 3G di tempat anda…..hantar ke main branch terus…..sana streamyx pun masih ada…Celcom la ni pun dok spot kawasan yang tak dak talian tetap aja untuk diberi keutamaan…contoh kes curi kabel

    Quote

  8. Man Celcom said:

    en latif boleh pm saya untuk maklumat lanjut…la saya menetap di berdekatan Bukit Selarong, Desa Aman jalan BKE tu untuk sementara di sana…kat mana saya menetap pasti akan ada 3G kerana saya memohon kat Celcom nih…walaupun lambat sikit tapi pasti dapat….bukak forum 3g pm saya kat username nadeshiko99

    Quote

  9. latif said:

    sy minta agar pihak celcom perluaskan caverage di kawasan perdalaman sy berharap

    Quote

  10. Man Celcom said:

    sekarang ni en latif buat satu surat memohon diadakan 3G Celcom di kawasan encik…buat surat mesti disertakan alasan munasabah seperti jumlah penduduk dan sebab nak 3G serperti tiada talian tetapi internet akibat kes kecurian kabel ka…dan lain-lain…lps tu kumpul sebanyak mungkin tandatangan penduduk setempat sebanyak mungkin dikawasan tuh dan kepilkan sekali sersama surat itu nanti dan terus hantar ke Celcom yang beribu bejabat di Kuala Lumpur, alamat leh cari dalam laman web celcom

    Quote

  11. Man Celcom said:

    kan pekan Baling tu penduduk dia ramai…takkan Celcom tak pasang 3G langsung…kurang-kurang mesti ada EDGE

    Quote

  12. zamri said:

    Kawasan taman aman, anak bukit, alor setar tidak ada liputan 3g. Bilakah pihak celcom akan aktifkan 3g di kawasan ini.

    Quote

  13. Man Celcom said:

    Tengah hari tadi dah pi sembang dengan Pegawai Executive Celcom Wilayah Utara…….3G bukan tak aktif tapi ada protocol istana anak bukit berdekatan tidak mahu pemancar spektum upper 1900mhz dipasang berdekatan dalam lingkungan 1500 meter dari istana kerana menganggu sistem sekuriti CCTV wireless istana anak bukit…mana-mana istana Sultan Negeri pun dalam Malaysia ni pun ada undang-undang keselamatan tu..la dia orang dalan usaha cari equipment 3G frequency under 1900 atau guna 1900 khas di situ sahaja…jangan harap tip top speed dgn frequency ni…dia banyak titik buta walaupun coverage dia leh pi jauh…….satu lagi…banyak UMTS jammer dipasang oleh bangunan tinggi berhampiran kawasan tu….kalau ada 3G situ pun…macam tak dak jugak 3G tu…kalau kawasan lapangan terbang dia orang cuma on EDGE untuk elakkan malfunction kepada sistem EM Circuit pesawat komersial…..sebab tu jammer banyak kat lapangan terbang…perkara lain lagi yang dibincang adalah mengenai pakej 3G untuk kakitangan kerajaan..pakej 3g kakitangan kerajaan atau badan berkanun menawarkan pakej 3.6mbps(bukan 384k) dgn harga RM 50 sebulan…..dan ianya terikat dengan kontrak 2 tahun dan modem diberi percuma…sapa-sapa kakitangan kerajaan tak kira kontrak, sangkut, PKS atau tetap yang ada slip gaji layak memiliki pakej ni….yang tak setuju dengan pakej ni adalah prorate bulan pertama campur bill dalam RM113, dan bulan kedua jadi RM50 la, lps tamat kontrak terus maintain RM50 sampai bila-bila…sapa-sapa yang ada adik beradik kerja dalam kerajaan tapi teringin nak pakai murah ni lah jawapan dia…nampak cam tak adil la pulak kat orang swasta dan persara….nanti bincang lagi dengan mereka…ura-ura dgr nak caj RM70 untuk pek 3.6mbps dan RM40 bagi 384K buat kakitangan swasta yang kerja dalam bidang elektronik dan telekomunikasi dan ianya sama spec seperti yang kakitangan kerajaan tadi cuma beza harga ajalah…tadi adalah dalam 30 orang kakitangan kerajaan datang ke Celcom Main Branch kat Alor Setar ni daftar pakej ni lepas diumumkan 1 bulan lepas tapi yang sedihnya ianya akan tamat pada hujung bulan 6 ni…apa lagi…cepat daftar bagi kakitangan awam yang ingin membroadbandkan rumah anda..pendaftaran dijalankan secara rahsia oleh Celcom untuk pakej ni…dia tak daftar di kaunter

    Quote

  14. Man Celcom said:

    en latif jangan menunggu buah gugur ke tanah,buat satu surat pemohonan yang saya katakan dahulu dan hantar segera ke Celcom di Kuala Lumpur…saya pasti akan ada respond positif dari mereka…zamri lak duk dekat aja dengan Celcom Branch Alor Setar, pi kat Bina Darulaman tu terus bincang dengan pegawai Celcom kat situ…depa boleh bantu……tah betul tak tentang jammer tu pun tahlah…dgr pun dari penjaga bangunan berhampiran istana anak bukit tu…tapi memang coverage 3g memang ko kat kawasan taman tu…sembang la cam mana nak dapat coverage 3g kat kat taman zamri dengan depa tu

    Quote

  15. apiz said:

    sy hafiz dari kodiang….
    kat rumah saya lagi la teruk
    memanjang ja gprs ja….
    kalau broadand tu memang tensyn gile la….
    harap pihak celcom dapat upgrade ke 3g secepat mungkin k………
    plez…………..

    Quote

3 comments:

  1. apa cerita 3g coverage kat bukit selambau? time balik kg musim2 raya ni mmg sakit hati! promosi cerita bagai nak rak, tapi habuk pun tarak

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kampung Tikolod Tambunan Sabah. Satu-satunya cuma ada pemancar Maxis. Itu pun cuma 2g saja. Macam mana cara memohon untuk upgrade ke 3G?? Tolong bantu kami yang memerlukan. Anak2 kampung pun susah mahu cari sumber dari segi pelajaran apatah lagi berniaga secara online untuk memajukan diri.

    ReplyDelete